Salam kepada semua usahawan dan bakal usahawan. Samada yang telah berjaya dan masih mencari kejayaan di dalam perniagaan.
Tujuan utama blog ini diterbitkan adalah untuk berkongsi hasil kejayaan dan kecemerlangan di dalam perniagaan agar dapat dikongsi bersama. Adalah lebih baik jika sesuatu yang baik itu dikongsi bersama sementalah lagi sesama bangsa dan agama kita.
Saya merasa terpanggil untuk kita sama-sama menjadi usahawan yang cemerlang dan terbilang. Sudah tiba masanya kita bersatu padu demi menjadikan negara kita yang tercinta ini dan keluarga kita sendiri khususnya untuk terus berjaya di masa hadapan.
Pesanan Rasullullah yang menyatakan bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya drpd perniagaan. Adalah lebih baik sebagai umat islam kita perlu menghayati dan mengkaji nasihat tersebut agar kita tidak terus membuang masa dan takut melakukan perubahan dalam kehidupan ini.
Memang saya akui bahawa untuk memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang senang dan mudah melainkan mempunyai modal pusingan yang besar. Itu hanya pendapat saya. Tetapi sebaliknya apabila keinginan seseorang ingin menubuhkan sesuatu perniagaan tetapi tidak mempunyai modal, pengatahuan dan pengalaman yang secukupnya. Ini kerana persaingan di dalam perniagaan adalah terlampau ramai dan berisiko tinggi.
Dengan wujudnya blog ini, diharapkan kita sama-sama dapat merungkai pemasalahan yang timbul supaya kita dapat memperoleh manafaat yang sewajarnya.
Akhir sekali, nasihat saya agar saudara-saudari semua berhujahlah dengan baik dan bersopan agar kata-kata yang diluahkankan itu menjadi manfaat kepada orang lain.
" Apa yang ditutur itu adalah hak kita tetapi apa yang kita tuturkan itu adalah hak org yang mendengarnya "
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.