Thursday, December 23, 2010

Produk halal tempatan bertapak di Thailand

Produk halal tempatan bertapak di Thailand

Penduduk Satun meluangkan masa mengunjungi Ekspo Perdagangan Lima Dasar Satun 2010 di Satun, Thailand.


SATUN, Thailand 22 Dis. - MyMalaysia Trading House (MTH), rangkaian pasar raya yang mengedarkan produk halal buatan Malaysia di selatan Thailand berjaya mencatatkan jualan bernilai RM3.8 juta dalam tempoh enam bulan.
Dikendalikan syarikat tempatan, Kumpulan Husam Waksa (HusamWaksa), MTH yang beroperasi sejak Julai lalu kini mampu membawa masuk dua kontena terdiri 30 jenis produk halal ke negara jiran itu setiap bulan dengan purata jualan sebanyak RM640,000.
Pengarah Urusan HusamWaksa, Isa Al-Husam Shuhaimi berkata, perkembangan itu membuktikan produk halal tempatan semakin mendapat tempat di Thailand dengan sasaran pengguna di empat wilayah selatan iaitu Satun, Yala, Narathiwat dan Patani.
''Sejak awal penubuhannya, MTH mensasarkan pasaran kepada pengguna Islam di keempat-empat wilayah selatan Thailand yang dianggarkan mempunyai dua juta penduduk.
''Kita yakin nilai dagangan ini dapat ditingkatkan menerusi pembukaan rangkaian terbaru pasar raya MTH di Songkhla yang kini sedang dalam peringkat akhir perbincangan," katanya kepada ketika ditemui di tapak Ekspo Perdagangan Lima Dasar Satun 2010 yang berlangsung selama lima hari di sini.
Lima Dasar melibatkan lima buah negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Perak serta lima wilayah di selatan Thailand iaitu Satun, Songkla, Patani, Yala dan Narathiwat.
Isa Al-Husam yang juga Pengarah Eksekutif MTH memberitahu, sehingga kini, lebih 30 produk tempatan seperti sos, kerepek, kopi, makanan sejuk beku, mee segera, pes makanan, minuman kordial dan biskut berjaya dipasarkan di Thailand.
''Rata-rata produk terbabit dikeluarkan oleh syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dan kejayaan ini membuktikan potensi besar barangan keluaran kita di luar negara khususnya melibatkan industri halal," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pengusaha IKS yang berminat untuk memasarkan produk mereka memperkukuh jenama masing-masing.
Mereka yang berminat untuk berbuat demikian boleh menghubunginya menerusi talian 017-7718087 atau e-mel sebarang pertanyaan kepada alhoosam82@yahoo.com. - UTUSAN

Monday, December 13, 2010

Tips untuk membuat Pelan Perniagaan

Petikan drpd PUNB

Tip Untuk Memohon- Panduan Untuk Menyediakan Pelan Perniagaan

Sebagai panduan untuk menyediakan pelan perniagaan untuk memohon pakej keusahawanan PKS, rangkakan dokumen anda dengan menunjukkan bahagian untuk Ringkasan Eksekutif, Peluang Perniagaan, Strategi Perniagaan & Petunjuk Pencapaian, Pelan Pemasaran, Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama dan Unjuran Kewangan.
  • Ringkasan Eksekutif - Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk menjalankan perniagaan, ringkasan penyata pendapatan 5 tahun dan modal yang diperlukan. 
  •  
  • Peluang Perniagaan -  Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan. 
  •  
  • Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian -Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk 
  •  
  • Pelan Pemasaran - Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan,  segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran. 
  •  
  • Pelan Operasi - Perlu menunjukkan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran. 
  •  
  • Pengurusan dan Kakitangan Utama - Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada. 
  • Unjuran Kewangan - Unjuran proforma 5 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai  bersama andaian-andaian.

Perniagaan Franchise

Petikan diambil drpd MFA website.

Perniagaan Francais adalah antara bidang perniagaan yang berkembang pesat di Malaysia. Jumlah perniagaan francais yang berdaftar dibawah Pendaftar Francais (RoF), MECD telah meningkat sebanyak 15%. Terdapat sebanyak 305 ( sehingga Dec 2007) sistem francais berdaftar di Malaysia, seperti berikut:
- 193 sistem francais tempatan
- 112 sistem francais luar negara (francaisi Induk & francaisi kepada
francaaisor luar negara).

Pecahan sistem mengikut sektor/industri pula:

- Makanan 89 sistem (29%)
- Perkhidmatan & Penyelenggaraan 38 sistem (13%)
- Pakaian & Aksesori 47 sistem (15%)
- Pusat Jagaan & Penyelidikan Pra-Sekolah 38 sistem (13%)
- Peruncitan & Pasaraya 15 sistem ( 5%)
- Penjagaan Kesihatan 20 sistem ( 6%)
- Teknologi Maklumat & telekomunikasi 15 sistem (5%)
- Lain-Lain Perniagaan 43 sistem (14%)

Sekiranya saudara ingin menceburkan diri dalam perniagaan francais, saya syorkan dahulu dengan mendapatkan ilmu pengetahuan tentang konsep perniagaan francais dengan menyertai Program Latihan Francais yang dikendalikan oleh pihak MFA. Program ini akan mendedahkan aspek-aspek persediaan dan hala tuju sebelum menceburi perniagaan francais. Maklumat lanjut tentang kursus ini boleh didapati di bahagian 'Upcoming Training".

Sekian dan terima kasih.

Friday, December 10, 2010

Impian Saya...Lagi 6 Tahun.

faizal tahir/ gemuruh

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics

Idea terbaik untuk mengubahsuai ruang pejabat anda.





Orang Yang Gagal Mempunyai Magis


Pada pandangan saya, dunia akademi memandang KESILAPAN sebagai tidak elok dan harus dijauhi. Dalam dunia pendidikan, lebih banyak kesilapan dilakukan seseorang, lebih kurang bijak seseorang itu akan kelihatan.

Kerana itu, ada masanya saya kurang berminat untuk ke sekolah. Setiap kesilapan yang dilakukan dipandang negatif. Saya tidak tahu mana silapnya sistem pendidikan kita, tetapi melakukan kesilapan di sekolah bukan dilihat dari aspek positif. Lebih teruk, saya dihukum kerana melakukan kesilapan!

Mereka yang belajar dari dunia jalanan (street smart) pula mempunyai pandangan berbeza mengenai konsep melakukan kesilapan. Dalam dunia perniagaan, lebih banyak kesilapan yang dilakukan membuka lebih banyak peluang untuk mempelajari benda baru, sesuatu yang tidak pernah diketahui sebelumnya.

Kesilapan adalah ibarat magis. Apabila sesuatu yang baru dipelajari, maka perspektif terhadap perniagaan akan menjadi lebih baik. Ibarat kita belajar menunggang basikal. Kesilapan demi kesilapan memang mengecewakan. Sehinggalah kita mampu mengayuh, mengimbangi dan mengawal basikal, maka rodanya akan berputar dengan sendirinya. Dunia baru akan terbuka. Suatu keajaiban yang baru ditemui dalam kesilapan.
Banyak kesilapan dalam perniagaan yang membuka dunia kejaiban yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya.

1. Warren Buffet telah tersilap membeli Berkshire Hathaway, sebuah syarikat pengeluaran T-Shirt yang hampir lingkup. Kini, Berkshire Hathaway antara syarikat yang mempunyai saham syarikat yang tertinggi di dunia.

2. Syarikat Diamond Fields yang sepatutnya mencari berlian sebagai bisnes utama tetapi sebaliknya menjumpai nikel. Saham syarikat melonjak naik serta merta selepas penemuan nikel.
 

3. Levis Strauss menuju ke California untuk mencari emas tetapi gagal menemuinya. Akhirnya menjahit seluar dari kanvas untuk pelombong emas. Sekarang ini siapa yang tidak kenal jeans Levi’s.

Semua itu adalah kerana kegagalan dan kesilapan awal. Ia dihukum dengan mungkin kerugian dalam wang ringgit tetapi dalam waktu yang sama, iktibar dari kesilapan menjadikan ia lebih baik dari sebelumnya.

Christopher Columbus juga melakukan kesilapan apabila mencari laluan perdagangan ke negara China tetapi akhirnya menemui Amerika! Lihatlah apa kemajuan negara yang berpengaruh di dunia sekarang.

Founder IBM juga pernah menyatakan ” Jika ingin mendapatkan kejayaan yang pantas, GANDAKAN kegagalan!”.. Lebih banyak silap, lebih cepat kita capai kejayaan.
Walau bagaimana pun, saya tidak menyalahkan sistem pendidikan di Malaysia yang menjadikan kita takut untuk melakukan kesilapan. Itu zaman yang telah berlalu.
Tokoh usahawan terkenal Malaysia, Syed Mokhtar al-Bukhari pernah menyatakan bahawa orang hanya akan melihat yang berjaya sahaja. Apa kesilapan, kegagalan lalu tidak pernah terlintas di fikiran. Orang tengok yang baik-baik sahaja.
Ambil iktibar. Apa yang lebih penting adalah apa yang dipelajari dari kesilapan lalu yang membolehkan kita terus maju dan menemui keajaiban atau magis yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.

Petikan drpd Irwan Danhil...Thanks bro

Wednesday, December 8, 2010

Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet

Dalam menjual apa sahaja, cara yang paling efektif untuk jangka masa panjang adalah dengan mengimplementasikan 2 langkah pengiklanan. Iaitu…
  1. Soft-sell
  2. Hard-sell
Langkah pertama adalah Soft-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang memperkenalkan bakal pelanggan kepada produk atau perkhidmatan yang diniagakan. Sebagai contoh, business card, brochure, iklan dalam surat khabar, iklan melalui Internet dan lain-lain. Soft-sell adalah lebih kepada mengingatkan atau membina jenama sesuatu perniagaan.
Langkah kedua pula adalah Hard-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang lebih agresif dalam meminta bakal pelanggan membuat pesanan. Sebagai contoh, leaflet yang mengandungi borang untuk dihantar balik, iklan akhbar yang mempunyai borang pesanan, sales-letter laman web, dan lain lain.
Soft-sell dan Hard-sell diperlukan oleh kerana cara untuk menembusi fikiran bakal pelanggan perlu dilakukan secara berperingkat oleh kerana kesedaran dan psikologi manusia dalam membuat keputusan membeli juga adalah secara berperingkat.
Contoh mudah soft-sell dan hard-sell diimplementasikan dalam perniagaan Internet adalah, Tip Satu Minit (Soft Sell) dan RahsiaInternet.com (Hard-sell). Contoh konsep ini digunakan untuk perniagaan bukan Internet pula adalah menghantar brochure/information pack kepada bakal pelanggan (soft-sell), kemudian follow up dengan temu janji untuk menunjukkan demonstrasi (hard-sell).
Pendapat Anda?

Usahawan Terbilang bulan 12/2010

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

Machine Hancur

 

Untuk usahawan yang menjalankan kerja-kerja lanskap, Rasanya mesin ni sesuai tuk kerja mencantas dan penebangan pokok-pokok reput.

Salam Kejayaan

Salam kepada semua usahawan dan bakal usahawan. Samada yang telah berjaya dan masih mencari kejayaan di dalam perniagaan.

Tujuan utama blog ini diterbitkan adalah untuk berkongsi hasil kejayaan dan kecemerlangan di dalam perniagaan agar dapat dikongsi bersama. Adalah lebih baik jika sesuatu yang baik itu dikongsi bersama sementalah lagi sesama bangsa dan agama kita. 

Saya merasa terpanggil untuk kita sama-sama menjadi usahawan yang cemerlang dan terbilang. Sudah tiba masanya kita bersatu padu demi menjadikan negara kita yang tercinta ini dan keluarga kita sendiri khususnya untuk terus berjaya di masa hadapan.

Pesanan Rasullullah yang menyatakan bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya drpd perniagaan. Adalah lebih baik sebagai umat islam kita perlu menghayati dan mengkaji nasihat tersebut agar kita tidak terus membuang masa dan takut melakukan perubahan dalam kehidupan ini.

Memang saya akui bahawa untuk memulakan perniagaan bukanlah sesuatu yang senang dan mudah melainkan mempunyai modal pusingan yang besar. Itu hanya pendapat saya. Tetapi sebaliknya apabila keinginan seseorang ingin menubuhkan sesuatu perniagaan tetapi tidak mempunyai modal, pengatahuan dan  pengalaman yang secukupnya. Ini kerana persaingan di dalam perniagaan adalah terlampau ramai dan berisiko tinggi. 

Dengan wujudnya blog ini, diharapkan kita sama-sama dapat merungkai pemasalahan yang timbul supaya kita dapat memperoleh manafaat yang sewajarnya.

Akhir sekali, nasihat saya agar saudara-saudari semua berhujahlah dengan baik dan bersopan agar kata-kata yang diluahkankan itu menjadi manfaat kepada orang lain. 

" Apa yang ditutur itu adalah hak kita tetapi apa yang kita tuturkan itu adalah hak org yang mendengarnya "

Wassalamualaikumwarahmatullah....